ANTARA pasangan yang ditahan (tengah dan kanan). FOTO Zuhairi Zuber
Oleh Nur Saliawati Salberi


Melaka: Enam pasangan kekasih dicekup Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam operasi ambang tahun baru, di hotel bajet sekitar bandar raya ini, awal pagi tadi.

Kesemua pasangan terbabit ditahan kira-kira 4.30 pagi, selepas didapati tinggal di dalam bilik secara berdua-duaan tanpa hubungan sah.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Rahimin Bani berkata, serbuan kira-kira empat jam setengah itu membabitkan 10 hotel bajet di Kota Laksamana, Taman Kota Shahbandar serta Ujong Pasir.

"Hasil serbuan 6 pasangan kekasih membabitkan 12 individu termasuk sepasang warga Indonesia berusia 20 hingga 42 tahun ditahan kerana mereka gagal menunjukkan dokumen sah sebagai pasangan suami isteri.

"Pemeriksaan lanjut mendapati lima individu yang ditahan adalah pelajar IPT (Institut Pengajian Tinggi) dan kesemua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 January 2016 @ 11:43 AM