PIYA bersama salinan laporan polis yang dibuatnya. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Oleh Rosliza Mohamed


Kota Bharu: Kapten pasukan bola sepak Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi atau lebih dikenali Piya membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu tadi berhubung maklumat palsu kematiannya selepas terbabit dalam kemalangan yang menjadi viral.

Piya, 34, yang datang bersama rakannya membuat laporan polis itu pada 1 petang tadi.

Piya ketika ditemui berkata, dia hadir ke balai polis hari ini untuk menafikan kejadian berkenaan.

Katanya, sejak semalam ramai peminat menelefonnya untuk mengetahui perkara sebenar.

"Saya harap dengan laporan polis ini, ia dapat menenangkan semua pihak dan berharap polis dapat menjalankan siasatan lanjut berhubung viral palsu berkenaan.

"Sekiranya pihak yang bertanggungjawab itu tampil saya sedia memaafkannya dan berharap perkara sama tidak berulang kerana hal berkaitan mati bukan boleh dibuat main," katanya di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 January 2016 @ 2:42 PM