X
Oleh Ferzalfie Fauzi

Kuala Lumpur: Menggunakan corak latihan terkini dan tegas. Itulah yang diharapkan pemain perseorangan lelaki negara, Chong Wei Feng (gambar) mengenai Indra Wijaya yang diikat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang membantu Hendrawan serta Tey Seu Bock.

Menurut pemain kelahiran Sungai Petani itu, jurulatih ketiga perseorangan lelaki negara itu sudah pasti akan diberikan tugas menjaga pemain pelapis serta beberapa lagi pemain senior lain jika Hendrawan dan Seu Bock sibuk menumpukan perhatian kepada Datuk Lee Chong Wei.

“Saya kurang pasti apa kriteria dimahukan BAM serta Pengarah Teknikal Morten Frost Hansen. Bagaimanapun, pandangan saya Indra harus mempunyai corak latihan mengikut situasi semasa,” kata pemain berusia 28 tahun itu.

Jelasnya, Indra tidak boleh menggunakan corak latihan lama walaupun mereka bekas pemain.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 January 2016 @ 7:18 AM