MELAYAN anak yatim bermain.
MENEMU RAMAH pengetua Rumah Anak Yatim Sekendi, Halimi Hayat.
Oleh Ihsan Noorzali


Sifat penyayang dan prihatin penting diterapkan bagi melahirkan siswa minda kelas pertama.

Justeru, 30 siswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim yang mengikuti kursus Kokewartawanan (CPK2011) semester dua turun padang menjalankan khidmat masyarakat di Rumah Anak Yatim Sekendi, Sabak Bernam, baru -baru ini.

Pengarah program Naiz Nazrin Zakaria berkata, program Eksplorasi Media UPSI-Rumah Anak Yatim Sekendi itu bertujuan memberi penilaian kepada pembangunan insan terutama kepada siswa.

Menurutnya, program bertujuan memberikan dorongan kepada penghuni rumah anak yatim belajar bersungguh-sungguh, sekali gus mengubah kehidupan mereka.

“Program ini mendorong dan memberi motivasi kepada mereka untuk belajar dan mengubah masa depan.

“Kamu gunakan apa dipelajari di kuliah sebagai cara mengimplimentasikan ilmu. Selain menjalankan program berbentuk khidmat komuniti, program ini menjadi landasan untuk kami merealisasikannya bersama masyarakat,” katanya

Peserta turut menyumbangkan pakaian, makanan dan alat tulis kepada anak yatim selain menganjur pelbagai aktiviti seperti permainan menguji pendengaran dan kecekapan kawalan otak kanan dan kiri, sesi motivasi, permainan cita-cita dan harapan.

Peserta turut dikehendaki menulis artikel berkaitan rumah anak yatim, menemu bual serta merakam gambar aktiviti.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 January 2016 @ 9:16 AM