Skip this ad x
Kemalangan yang mengorbankan dua lelaki dan seorang wanita di di Kilometer 72, Jalan Selangau-Bintulu dekat Tatau, petang tadi. FOTO ihsan bomba
Oleh Mohd Rizal Abdullah

Bintulu: Dua lelaki dan seorang wanita terbunuh selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan lori kargo di Kilometer 72, Jalan Selangau-Bintulu dekat Tatau, petang tadi.

Dalam kejadian pada 2 petang itu, pemandu kereta hilang kawalan lalu merempuh lori berkenaan dari arah bertentangan.

Ketiga-tiga penumpang kereta maut, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sebuah jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau ke lokasi kejadian dan membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2016 @ 4:08 PM