HAMZAH Zainudin menghadiri Perhimpunan Bulanan kementeriannya yang pertama tahun ini semalam. FOTO Bernama
Oleh Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan premis perniagaan yang ingin mengadakan jualan murah perlu mematuhi beberapa syarat baru yang ditetapkan.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, syarat utama bagi mengadakan jualan murah adalah barangan yang dijual dengan 'harga jualan murah' hendaklah melebihi 70 peratus daripada jumlah kesemua barangan yang dipamerkan di premis sama.

Beliau berkata, jualan murah hanya boleh dijalankan sekiranya 70 peratus daripada kesemua barangan di dalam premis tersebut diberi tawaran diskaun.

"Peniaga juga dikehendaki mempamerkan harga sebelum dan selepas diskaun pada setiap barangan yang terbabit dalam jualan murah," katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini.

Katanya, notis jualan murah juga hendaklah ditampal ditempat yang mudah dilihat oleh pengguna.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2016 @ 6:44 PM