ANGGOTA bomba menyelamatkan kucing yang terperangkap. FOTO ihsan Bomba
Oleh Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Tindakan pantas anggota bomba dan penyelamat menyelamatkan kucing daripada kelaparan selepas dipercayai terperangkap tiga hari di atap pelindung di tingkat 16, Flat Serantau di sini, hari ini.

Bertindak daripada aduan awam, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru melaksanakan Operasi Menyelamat Kucing, 11 pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan II, Kamarulzaman Salleh berkata, anggotanya mengambil masa kira-kira sejam untuk menyelamatkan kucing tompok putih dan hitam itu.

"Bertindak daripada aduan awam kami ke lokasi untuk ke rumah kosong di flat itu dan menemui seekor kucing sedang kelaparan.

"Anggota menggunakan kaedah 'lowering tali belay' dan 'main line' untuk menyelamatkan kucing itu," katanya dalam kenyataan.

Katanya, kucing tidak bertuan itu ditarik ke atas pada 12.18 tengah hari.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2016 @ 4:29 PM