Ahmad (kiri) menerima cek sumbangan daripada Tengku Mahkota Kelantan. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Oleh Ismail Muhamad


Kota Bharu: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) hari ini menyumbang RM12 juta kepada Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Sumbangan bagi pembinaan asrama pelajar Kelantan di Kaherah, Mesir sebanyak RM7 juta, manakala RM5 juta lagi untuk pengurusan YIK.

Tengku Mahkota Kelantan yang juga Yang Dipertua MAIK Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra berkenan menyerahkan sumbangan itu kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di Istana Kota Lama, di sini.

Turut hadir menyaksikan penyerahan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Faudzi Che Mamat dan Timbalan Yang Dipertua MAIK Datuk Serpudin Mohamed.

Hadir sama, Pengarah YIK Tengku Ab Rahman Tuan Yunus dan Pengarah YAKIN Che Ramli Che Soh.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2016 @ 4:59 PM