Selain tiga doktor cedera, peralatan bernilai lebih RM2 juta juga rosak.  - Foto People’s Daily’s
Selain tiga doktor cedera, peralatan bernilai lebih RM2 juta juga rosak. - Foto People’s Daily’s
Keadaan selepas jentolak merobohkan sebahagian hospital di tengah China. - Foto People’s Daily’s
Keadaan selepas jentolak merobohkan sebahagian hospital di tengah China. - Foto People’s Daily’s

Beijing: Sekumpulan 30 lelaki merobohkan sebahagian hospital termasuk rumah mayat di wilayah Henan, tengah China memaksa doktor, jururawat dan pesakit bertempiaran menyelamatkan diri serta menyebabkan tiga doktor cedera terkena runtuhan, semalam.

Kejadian itu menyebabkan hospital milik Universiti Zhengzhou itu mengalami kerugian akibat kerosakan peralatan bernilai lebih RM2 juta.

Enam mayat yang sedang dibedah siasat juga tertimbus di bawah runtuhan.

Menurut agensi berita Xinhua, pengurusan hospital mendakwa pihak berkuasa tempatan mengarahkan kerja meroboh itu selepas gagal mendapat persetujuan hospital untuk projek pembesaran jalan.

Kenyataan Bahagian Perhubungan Awam Kerajaan Daerah Huiji menyatakan pihaknya sudah meminta hospital berkenaan merobohkan sendiri bahagian bangunan berkenaan dan rumah mayat.

Menurut kenyataan itu, pekerja yang melakukan kerja meroboh sudah diarah memastikan bangunan berkenaan kosong dan jangan menyebabkan kecederaan. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2016 @ 5:04 PM