JURAGAN dan tong gas yang dirampas untuk siasatan lanjut. FOTO ihsan PPM
Oleh Junaidi Ladjana


Tawau: Cubaan seorang juragan menyeludup keluar 25 tong gas menggunakan bot laju gagal apabila apabila ditahan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau di muara laut Sungai HJ Kuning, dekat sini, 8 pagi tadi.

Komander PPM Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata, ketika anggota PPM Tawau menjalankan tugas Op Paradise, bot laju dalam keadaan mencurigakan dikesan melalui kawasan berkenaan.

"PPM Tawau kemudian bertindak mengejar bot laju sebelum menahannya dan pemeriksaan menemui 25 tong gas.

"Pemeriksaan lanjut mendapati juragan berusia 20-an gagal menunjukan sebarang dokumen seperti lesen perniagaan dan sijil kawalan bekalan," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati tong gas berkenaan dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran.

"Semua rampasan termasuk enjin bot dianggarkan bernilai RM32,500 dan dibawa ke pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2016 @ 4:19 PM