Zurich: Penyerang Barcelona kelahiran Argentina, Lionel Messi raih anugerah Ballon d'Or award sebagai pemain terbaik dunia buat kali kelima, awal pagi ini.

Pemain berusia 28 tahun itu memperoleh undian 41.31 peratus untuk mengetepikan pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo (27.76%) dan rakan sepasukannya, Neymar (7.86%) yang menduduki tangga ketiga.

Hanya Messi dan Ronaldo - raih gelaran itu buat kali ketiga, tahun lalu - memenangi anugerah itu. Kedua-duanya meraih lapan anugerah kesemuanya.

Pemain tengah wanita USA, Carli Lloyd, yang menjaringkan hatrik pada Piala Dunia memenangi anugerah pemain terbaik wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 January 2016 @ 7:44 AM
FOTO Messi bersama trofi Ballon d'Or dari 2010 hingga 2016 (kiri ke kanan). FOTO AFP