Skip this ad x
CINDY bersama anugerah yang dimenanginya. FOTO ihsan Cindy Peter
Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Samarahan: Kajian mengenai spesis ikan paus dan lumba-lumba di Perairan Santubong, Sarawak membawa tuah kepada Pegawai Penyelidik Institut Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan Alam Sekitar (IBEC) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Cindy Peter, 30, apabila menerima Anugerah Stephen Leatherwood pada Persidangan Mamalogi Marin Ke-21 di San Francisco, Amerika Syarikat, 18 Disember lalu.

Cindy berkata, dia bersyukur kerana menerima anugerah yang menjadi rebutan dan jarang mempunyai pemenang.

Katanya, kertas kerja mengenai pertindihan aktiviti perikanan spesis ikan paus dan lumba-lumba di Perairan Santubong, Sarawak, dibentangkan pada persidangan 13 hingga 18 Disember itu .

"Pembentangan daripada penyelidik negara lain sangat meyakinkan dan lebih menarik. Saya tidak sangka boleh terpilih sebagai pemenang.

"Persidangan ini sememangnya ditunggu-tunggu penyelidik muda dari seluruh dunia untuk membentangkan kertas kerja paling cemerlang dengan kaedah perlindungan haiwan yang baik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 January 2016 @ 5:06 PM