Oleh Shamsul Munir Safini

Kangar: Dua lelaki berusia 32 tahun yang juga pegawai Imigresen negeri didakwa di Mahkamah Majistret Kangar di sini kerana menyebabkan kematian seorang lelaki warga Bangladesh, Abu Bakar Siddique di Bilik Pantri Jabatan Imigresen Kangar, di sini 29 Oktober lalu.

Tertuduh, Mohd Aminnudin Mohd Yasin dan Zuhairul Effendy Zulkafli dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati namun tiada pengakuan direkodkan kedua-dua tertuduh .

Berdasarkan fakta kes, kedua-dua tertuduh didakwa menyebabkan kematian mangsa yang juga warga Bangladesh di Bilik Pantri Jabatan Imigresen Kangar di aras 2 Kompleks KDN di sini antara jam 10 sehingga 11 malam, 29 Oktober lalu.

Kes akan disebut semula di Mahkamah Tinggi Kangar pada 12 Disember inisementara menunggu laporan penuh bedah siasat mangsa.

Pendakwaan dilakukan Ketua Unit Pendakwaan negeri, Timbalan Pendakwarya Badius Zaman Ahmad di hadapan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

Tertuduh diwakili Peguam Bela Rahmatullah Baharudeen.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 November 2014 @ 11:44 AM