Rozita bersama suami Zain dan anak mereka, Aaisyah Dhia Rana. Foto fail NSTP
Rozita bersama suami Zain dan anak mereka, Aaisyah Dhia Rana. Foto fail NSTP
Oleh Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara popular Rozita Che Wan, 43, bercadang membeli sebuah pangsapuri di Knightsbridge yang juga antara kawasan eksklusif di London, United Kingdom.

Rozita yang mesra disapa Che Ta berkata, perancangan untuk membeli rumah di London sudah lama malah suaminya yang juga pelakon Zain Saidin, 32, pernah menyatakan hasrat untuk berpindah ke sana.

Ditanya mengenai harga pangsapuri berkenaan, Rozita bagaimanapun enggan mengulas.

Menurut Rozita, pemilikan aset di sana memang perlu sekiranya Zain mahu berhijrah ke sana, lebih-lebih lagi apabila Zain mempunyai ramai saudara-mara di London memandangkan ibunya berasal dari sana.

“Apabila difikir semula adalah lebih baik jika saya memiliki aset sendiri di sana. Insya Allah, beri saya tempoh dalam setahun atau dua tahun lagi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 9:22 PM