SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskadar. FOTO ihsan Istana Johor
Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my


Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mahu ketua agama bukan Islam di negeri ini melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menyatupadukan rakyat.

Baginda bertitah sebarang masalah perkauman tidak seharusnya berlaku sebaliknya mendapatkan pandangan baginda bagi jalan penyelesaian.

"Tanggungjawab anda (ketua agama) ialah menyatupadukan bangsa Johor. Anda mempunyai kawasan masing-masing.

"Jika ada masalah, berjumpalah dengan saya. Saya sentiasa ada untuk anda," katanya ketika menerima kunjungan hormat 16 ketua agama bukan Islam di Istana Bukit Serene, hari ini.

Tuanku berkenan meluangkan masa kira-kira sejam untuk bersantap tengah hari bersama wakil ketua agama yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2016 @ 4:27 PM