NOOR Halimaton bersama anaknya. Gambar kecil, kuman yang memakan sel di kaki Muhammad Hazreel.
Oleh Mary Victoria Dass

Pasir Gudang: “Sejak dilahirkan, setiap hari, ada saja luka baru di tubuh Muhammad Hazreel dan saya memecahkan gelembung berair dengan gunting bagi mengelak lukanya membesar,” kata Noor Halimaton Hashim, 35, di Blok B, Tasek 64, Bandar Seri Alam di sini, semalam.

Noor Halimaton berkata, dia menahan air mata setiap kali berbuat demikian apabila Muhammad Hazreel Mikhail Hizar, 5, menangis kesakitan melihat darah mengalir dari gelembung itu.

Menurutnya, bagaimanapun dia tiada pilihan lain kerana sekiranya tidak memecahkan gelembung berkenaan, ia membesar hingga 20 sentimeter.

Katanya, penderitaan Muhammad Hazreel yang menghidap Epidermolysis Bullosa (EB) atau kulit gelembung air dan mudah melecur akibat penyakit keturunan.

“Pergerakan Muhammad Hazreel terbatas, malah tutur katanya juga tidak lancar seperti budak sebaya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2016 @ 7:41 AM