PERIKSA hos kecil lebihan bahan api.
PERIKSA hos kecil lebihan bahan api.
Bersama AHMAD SALIHIN ABD RAHIM


Saya membeli kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora terpakai keluaran 2010 baru-baru ini. Kenderaan itu berbau petrol ketika parkir atau enjin sedang dihidupkan.

SYAZWAN ABU HASSAN

Kuantan, Pahang

Bau bahan api atau petrol boleh terhidu sekiranya baru diisi, terutama jika ada yang tertumpah atau melimpah kerana terlalu penuh.

Kerap berlaku apabila pengguna kenderaan cuba menggoncangkan kereta untuk memaksimumkan isian.

Sekiranya memaksa isian bahan api mungkin akan merugikan sekiranya tertumpah. Jika dilihat pada sisi tempat isian bahan api, lazimnya mempunyai lubang untuk mengalirkan lebihan seandainya berlaku tumpahan.

Ia disambung dengan hos kecil ke bawah kereta dan kemungkinan tercabut serta menyebabkan bau.

Panel dinding pada bahagian dalam kereta perlu dibuka untuk memeriksa sama ada hos itu tercabut atau bocor.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2016 @ 5:01 AM
Digital NSTP Subscribe