Pekin Ibrahim terharu filem Mat Moto mendapat kutipan lebih RM1 juta
Pekin Ibrahim terharu filem Mat Moto mendapat kutipan lebih RM1 juta
Syanty Octavia Amry


Kuala Lumpur: Pengarah dan juga pelakon filem Mat Moto, Pekin Ibrahim terharu apabila filem berkenaan mendapat kutipan lebih RM1 juta pada hari pertama ia ditayangkan di pawagam seluruh tanah air.

Pekin ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka sambutan begitu luar biasa walaupun baru hari pertama ia ditayangkan.

"Saya terkejut mendengar berita mengenai perkara ini. Saya dihubungi oleh Datuk Yusof Haslam pada awal pagi hari berikutnya dan beliau memberitahu kutipan filem berkenaan mencecah RM1.2 juta selepas satu hari ditayangkan.

"Saya berasa sangat bersyukur kerana hasil pengarahan pertama mendapat sambutan begitu menggalakkan seperti ini.

"Terima kasih juga kepada pengarah bersama, Syafiq Yusof yang banyak membantu mencantikkan lagi jalan cerita ini," katanya pada majlis tayangan media filem berkenaan baru-baru ini.

Filem Mat Moto mula ditayangkan di seluruh pawagam tanah air sejak 14 Januari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2016 @ 5:35 PM