Nadzim (dua dari kanan) pada sidang media hari ini. FOTO Yusmizal Dolah Aling
Nadzim (dua dari kanan) pada sidang media hari ini. FOTO Yusmizal Dolah Aling
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Kerajaan diminta mengkaji kuasa yang diberikan kepada pegawai penguat kuasa semua agensi bagi membolehkan mereka menjalankan tugas pada tahap maksimum.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, ia ekoran beberapa tindakan ganas tonto kepada pegawai penguat kuasa bertugas sehingga mengancam keselamatan mereka.

Terbaru katanya, dalam kejadian Sabtu lalu, sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diganggu ketika bertugas di Kapar Klang selain menerima ancaman daripada tonto berkenaan.

Nadzim berkata, sudah sampai masanya kuasa yang sedia ada dikaji semula termasuk memberi lebih ruang untuk melakukan tangkapan dan pendakwaan.

"Penguatkuasaan adalah faktor penting dalam usaha kita mengekang kesalahan. Tonto ini ada masanya lebih berkuasa daripada pelaksana undang-undang. Jadi kita kena lihat balik dan tambah baik untuk kepentingan semua," katanya pada sidang media hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2016 @ 3:25 PM