Khalid pada sidang media hari ini. FOTO Nabihah Kamal
Oleh Nabihah Kamal


Kuala Lumpur : Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman menumpaskan sindiket dadah dengan merampas lebih 180 kilogram dadah pelbagai jenis bernilai RM14.3 juta di tujuh lokasi berasingan di Negeri Sembilan dan Selangor, dalam serbuan semalam hingga awal pagi tadi.

Dalam serbuan yang bermula semalam hingga 2.30 pagi tadi, 11 individu termasuk dua wanita berusia 32 hingga 51 tahun ditahan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sindiket berkenaan memproses pelbagai dadah antaranya syabu dan ekstasi.

Katanya, polis turut merampas senjata api daripada sindiket berkenaan.

"Polis merampas tiga pucuk pistol, senapang, sebutir bom tangan dan 75 butir peluru.

"Turut dirampas lapan kenderaan termasuk Ford Ranger, Mercedes, BMW, Vellfire serta wang tunai berjumlah RM36,410," katanya.

Menurutnya, semua yang ditahan direman mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2016 @ 3:46 PM