Wah Ying meninggal dunia akibat denggi. FOTO Khairul Hamizy Ramlee
Oleh Khairul Hamizy Ramlee


Kuala Terengganu: Budak perempuan berusia enam tahun mangsa keempat meninggal dunia akibat demam denggi di Terengganu.

Wah Ying Er menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11 malam tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas dimasukkan ke hospital berkenaan sejak Khamis lalu.

Menurut ibu mendiang, Oing Kang Niu, 34,Wah Ying seorang daripada lima anaknya yang dirawat di HSNZ akibat demam denggi sejak lima hari lalu.

“Daripada enam anak saya berusia enam hingga 14 tahun, lima daripadanya dimasukkan ke HSNZ akibat demam denggi. Bagaimanapun, Wah Ying paling teruk dan suhu badannya mencecah 40 darjah selsius sebelum meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri Dr Mohammad Omar mengesahkan kes berkenaan dan berkata kematian itu adalah yang keempat dicatatkan di Terengganu pada tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2016 @ 8:00 PM