NASI, lauk dan air yang dijual pada harga RM3.
DARI kiri, Lang Nazrene bersama ibu, Nasibah dan ayahnya, Hassim menunjukkan papan tanda nasi bajet.
Oleh Norfaisal Jahuri


Alor Gajah: Pengalaman anak sendiri yang sering ‘mengikat perut’ ketika menuntut di universiti awam (UA) sebelum ini, mendorong pasangan suami isteri mengusahakan gerai nasi bajet di Jalan Ayer Pa’abas, di sini, yang dijual pada harga RM3 bagi setiap hidangan.

Pasangan itu, Nasibah Sahat, 69, dan Hassim Taha, 66, menawarkan menu nasi dengan lauk pilihan ayam atau ikan, sayur campur dan segelas air sirap untuk hidangan makan tengah hari.

Dia dibantu suami mengusahakan gerai itu sejak tiga minggu lalu dan harga setiap hidangan ditawarkan berpatutan kerana pelanggan utama mereka pelajar dari Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM).

Sebagai ibu dia amat memahami situasi pelajar yang memerlukan perbelanjaan agak besar untuk menampung keperluan harian, menyiapkan tugasan, pengangkutan dan sewa rumah.

“Antara pengalaman dilalui anak sulung saya memasak sendiri makanan di rumah sewa dan lebih menyedihkan dua rakannya pernah berkongsi sebungkus mi segera kerana mahu berjimat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 6:46 AM