PENGUNJUNG yang teruja melihat keunikan kolam ilusi ini.
PENGUNJUNG merakamkan gambar di dasar kolam ilusi.
DUA wanita melihat beberapa pengunjung yang kelihatan seperti tenggelam di dasar kolam renang.
SATU pasangan meninjau keadaan di dasar kolam ilusi.

Tidak hairan jika ada yang lambat memberikan reaksi apabila melihat imej menarik ini. Sekali imbas, kelihatan sekumpulan manusia seolah-olah tenggelam dengan berpakaian lengkap di dalam kolam renang.

Namun, ia bukan seperti yang anda lihat. Ia sebenarnya satu ilusi optik yang direka menggunakan 10 sentimeter air yang diletakkan di antara dua kepingan kaca lut sinar.

Pengunjung sama ada boleh berjalan-jalan ke dalam kolam renang yang sebenarnya cuma bilik kosong dan memandang ke arah air yang beralun atau melihat ke bawah dari atas.

Rekaan luar biasa itu dicipta artis Argentina, Leandro Erlich sebagai sebahagian daripada pameran tetap di Muzium Seni Kontemporari Abad ke-21 di Kanazawa, Jepun.

Konsep ini bukan yang terbaru rekaan artis yang beribu pejabat di Buenos Aires itu. Erlich sebelum ini pernah memasang kolam renang itu pada 1999 di pameran sementara di MoMA PS1 New York dan Venice Biennale.

Pada 2013, dia memasang ilusi bahagian hadapan bangunan klasik lama Victoria di atas jalan di timur London.

Menerusi penggunaan cermin gergasi, pengunjung boleh mengambil gambar seolah-olah mereka sedang berjuntai dan memanjat tepi rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 8:51 AM