JACOB Tremblay.
CHRISTIAN Bale.
ALICIA Vikander.
RAMI Malek menang Aktor Dalam Siri Drama Terbaik untuk kategori TV.
PELAKON dan kru Spotlight sewaktu menerima trofi Filem Terbaik.
Susunan Georgie Joseph


Filem apokalips Mad Max: Fury Road arahan George Miller mencipta kemenangan indah apabila meraih sembilan trofi pada Anugerah Critics’ Choice 2016 yang berlangsung di Barker Hangar, Lapangan Terbang Santa Monica dekat California, Amerika Syarikat (AS), semalam.

Filem lakonan Tom Hardy dan Charlize Theron itu membawa pulang trofi Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Filem Aksi Terbaik, Pelakon Wanita Filem Aksi Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik, Suntingan Terbaik, Rekaan Kostum Terbaik, Mekap & Rambut Terbaik dan Efek Visual Terbaik.

Pastinya ia bukan kejutan kerana filem itu mendominasi pencalonan sejak awal dengan 13 kategori secara keseluruhannya.

Bagaimanapun, ia sukar menggugat kekuatan filem Spotlight yang turut cemerlang apabila dinobatkan sebagai Filem Terbaik.

Filem mengenai dunia kewartawanan itu turut memenangi trofi Lakonan Ensembel Terbaik dan Lakon Layar Asli Terbaik.

Untuk kategori berkenaan, Spotlight berjaya mengetepikan filem hebat lain termasuk The Big Short, Bridge of Spies, Brooklyn, Carol, Mad Max: Fury Road, The Martian, The Revenant, Room dan Sicario.

Sementara, The Big Short pula diangkat sebagai Komedi Terbaik.

Untuk kategori televisyen (TV), Mr Robot mendominasi kemenangan dengan menggondol trofi Siri Drama Terbaik. Turut dimenangi drama itu adalah kategori Pelakon Lelaki Siri Drama Terbaik dan Pelakon Lelaki Pembantu Siri Drama Terbaik.

Cukup menarik, edisi kali ini menyaksikan pelbagai insiden lucu turut mewarnai perjalanan acara yang dihoskan pelawak, T.J. Miller itu.

Antara yang mencuri perhatian adalah insiden pelakon Christian Bale dan pengarah Adam McKay berkucupan.

Bukan sekali, bahkan dua kali aksi berkenaan diulang.

Terdahulu, Christian diumumkan memenangi kategori Pelakon Lelaki Komedi Terbaik dan serta-merta berpaling mengucup isterinya. Tanpa diduga, dia dikucup pengarah berkenaan apabila dia berpaling ke arahnya.

Tidak cukup dengan itu, sewaktu keseluruhan pelakon serta pengarah The Big Short naik menerima trofi Komedi Terbaik, Christian dan Adam berkongsi satu lagi aksi berkucupan.

“Kolaborasi cinta Christian dan saya, jangan terus menghukum,” kata Adam sebelum meneruskan dengan ucapan kemenangan.

Bukan saja menerima Anugerah MPV pada acara itu, Amy Schumer turut cemerlang apabila dinobatkan pemenang Pelakon Wanita Komedi Terbaik. Selepas berterim kasih kepada ramai orang pada ucapan pertamanya, dia membuat improvisasi pada ucapan kedua pula.

Bukan berucap, Amy sebaliknya sempat bertanyakan soalan peribadi kepada penyampai trofi. Terserlah reaksi bosannya sebelum tiba-tiba bercerita mengenai adik perempuannya pula.

Yang pasti, reaksi spontan itu bukan disebabkan dia berada di bawah pengaruh alkohol dan rata-rata penonton sebaliknya seronok mendengar ucapannya.

Hos T.J. Miller juga perlu dipuji kerana benar-benar berjaya menghidupkan perjalanan acara malam itu.

Paling melucukan ialah ketika aksinya membuat lawak mengenai kempen media sosial #TweetaDrink yang membenarkan penonton menyatakan minuman kegemaran mereka.

Ketika duduk bersama Amy serta kru filem Trainwreck lain, dia tiba-tiba memulakan ucapan yang panjang sambil menyindir aktres berkenaan. Bagaimanapun, Amy nampak terhibur dengan lawaknya itu.

SENARAI PEMENANG ANUGERAH CRITICS’ CHOICE 2016

FILEM

- FILEM TERBAIK: Spotlight

- PELAKON LELAKI TERBAIK: Leonardo DiCaprio - The Revenant

- PELAKON WANITA TERBAIK: Brie Larson - Room

- PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK: Sylvester Stallone - Creed

- PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK: Alicia Vikander - The Danish Girl

- PELAKON LELAKI/PELAKON WANITA MUDA TERBAIK: Jacob Tremblay - Room

- LAKONAN ENSEMBEL TERBAIK: Spotlight

- PENGARAH TERBAIK: George Miller - Mad Max: Fury Road

- LAKON LAYAR ASLI TERBAIK: Josh Singer and Tom McCarthy - Spotlight

- LAKON LAYAR ADAPTASI TERBAIK: Charles Randolph and Adam McKay - The Big Short

- SINEMATOGRAFI TERBAIK: The Revenant - Emmanuel Lubezki

- REKAAN PRODUKSI TERBAIK: Mad Max: Fury Road - Colin Gibson

- SUNTINGAN TERBAIK: Mad Max: Fury Road - Margaret Sixel

- REKAAN KOSTUM TERBAIK: Mad Max: Fury Road - Jenny Beavan

- MEKAP & RAMBUT TERBAIK: Mad Max: Fury Road

- EFEK VISUAL TERBAIK: Mad Max: Fury Road

- SIRI ANIMASI TERBAIK: Inside Out

- FILEM AKSI TERBAIK: Mad Max: Fury Road

- PELAKON LELAKI DALAM FILEM AKSI TERBAIK: Tom Hardy - Mad Max: Fury Road

- PELAKON WANITA DALAM FILEM AKSI TERBAIK: Charlize Theron - Mad Max: Fury Road

- KOMEDI TERBAIK: The Big Short

- PELAKON LELAKI DALAM KOMEDI TERBAIK: Christian Bale - The Big Short

- PELAKON WANITA DALAM KOMEDI TERBAIK: Amy Schumer - Trainwreck

- FILEM SAINS FIKSYEN/SERAM TERBAIK: Ex Machina

- FILEM BAHASA ASING TERBAIK: Son of Saul

- SIRI DOKUMENTARI TERBAIK: Amy

- LAGU TERBAIK: Furious 7 - See You Again

- SKOR TERBAIK: The Hateful Eight - Ennio Morricone

TV

- PELAKON LELAKI DALAM SIRI KOMEDI TERBAIK: Jeffrey Tambor - Transparent

- PELAKON LELAKI DALAM SIRI DRAMA TERBAIK: Rami Malek - Mr. Robot

- PELAKON LELAKI DALAM SIRI FILEM TERHAD UNTUK TV TERBAIK: Idris Elba -Luther

- PELAKON WANITA DALAM SIRI KOMEDI TERBAIK: Rachel Bloom - Crazy Ex-Girlfriend

- PELAKON WANITA DALAM SIRI DRAMA TERBAIK: Carrie Coon - The Leftovers

- PELAKON WANITA DALAM SIRI FILEM TERHAD UNTUK TV TERBAIK: Kirsten Dunst - Fargo

- SIRI KOMEDI TERBAIK: Master of None

- SIRI DRAMA TERBAIK: Mr. Robot

- PELAKON LELAKI/PELAKON WANITA JEMPUTAN DALAM SIRI KOMEDI TERBAIK: Timothy

Olyphant - The Grinder

- PELAKON LELAKI/PELAKON WANITA JEMPUTAN DALAM SIRI DRAMA TERBAIK: Margo Martindale - The Good Wife

- SIRI FILEM TERHAD UNTUK TV TERBAIK: Fargo

- PELAKON LELAKI PEMBANTU DALAM SIRI KOMEDI TERBAIK: Andre Braugher - Brooklyn Nine-Nine

- PELAKON LELAKI PEMBANTU DALAM SIRI DRAMA TERBAIK: Christian Slater - Mr. Robot

- PELAKON LELAKI PEMBANTU DALAM SIRI FILEM TERHAD UNTUK TV TERBAIK: Jesse Plemons - Fargo

- PELAKON WANITA PEMBANTU DALAM SIRI KOMEDI TERBAIK: Mayim Bialik - The Big Bang Theory

- PELAKON WANITA PEMBANTU DALAM SIRI DRAMA TERBAIK: Constance Zimmer - UnREAL

- PELAKON WANITA PEMBANTU DALAM SIRI FILEM TERHAD UNTUK TV TERBAIK: Jean Smart - Fargo

- SIRI ANIMASI TERBAIK: BoJack Horseman

- PROGRAM REALITI-PERTANDINGAN TERBAIK: The Voice

- HOS PROGRAM REALITI TERBAIK: James Lipton - Inside the Actors Studio

- PROGRAM REALITI DISTRUKTUR TERBAIK: Shark Tank

- PROGRAM BUAL BICARA TERBAIK: Last Week Tonight with John Oliver

- PROGRAM REALITI TIDAK DISTRUKTUR TERBAIK: Anthony Bourdain: Parts Unknown

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 9:02 AM