Bagi mengurangkan masalah pengangguran dalam kalangan siswazah Malaysia sekali gus membantu mereka dalam mencari pekerjaan yang bersesuaian, graduan dan orang ramai yang sedang mencari pekerjaan boleh mendapatkan khidmat di aplikasi maukerja.my.

Dengan aplikasi ini, anda boleh mencari jenis pekerjaan mengikut pelbagai bidang yang ditawarkan seperti kejuruteraan, perhubungan awam, kesihatan dan kecantikkan, kenderaan dan logistik serta banyak lagi.

Malah, untuk memudahkan pencarian, pengguna juga boleh memilih kawasan pejabat atau syarikat mengikut lokasi yang diingini di seluruh Malaysia termasuk Singapura.

Di ruangan pekerjaan, kumpulan yang berdaftar di bawah aplikasi itu memaparkan jenis pekerjaan atau tugasan, lokasi syarikat serta lingkungan gaji ditawarkan.

Selain itu, syarikat terbabit turut menyatakan informasi penting yang berkaitan iaitu ‘overview’, faedah pekerjaan seperti bonus dan perlindungan takaful, tahap pendidikan yang diperlukan untuk memohan pekerjaan, bahasa dan lain-lain.

Mereka yang berminat boleh mengisi borang permohonan dengan memuatnaik ‘resume’ dan mengisi butiran peribadi yang diperlukan serta gaji jangkaan masing-masing.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2016 @ 5:42 AM