Nor Azura Abdul Jalil


Kuala Lumpur: Bekas penuntut universiti awam di Perlis dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku salah atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan Negara Islam (IS).

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Wan Mohammad Arif Wan Rokman, 24, dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 28 Disember 2014.

Wan Mohammad Arif dituduh cuba memberi sokongan kepada IS dan berhasrat menjadi ahli kumpulan itu.

Lelaki itu ditahan pada 28 Disember 2014 pada 10.15 malam di hadapan pintu C15 Balai Pelepasan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum mengambil penerbangan Turkish Airlines ke Istanbul.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130 J (1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Kanun 511 kanun yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2016 @ 1:05 PM