PENGETUA Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Kampung Jawa, Klang, Mohd Zainul Arifien Mohd Jaid (tiga kiri) bersama sebahagian pelajar cemerlang Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). FOTO Mohd Asri Saifuddin

Ekhwan Haque Fazlul Haque

Shah Alam: Seramai 89 daripada 495 calon yang lulus dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2015 di Selangor mendapat keputusan Mumtaz (cemerlang).

Pengarah Pendidikan Selangor, Zainuren Mohd Nor, berkata 526 daripada 626 calon menduduki peperiksaan itu di sembilan pusat peperiksaan seluruh Selangor, tahun lalu.

Beliau berkata, 236 calon lagi mencapai keputusan Jayyid Jiddan (sangat baik), 149 calon mendapat keputusan Jayyid (baik) dan 21 memperoleh Maqbul (lulus) manakala 31 calon lagi gagal.

"Pencapaian bagi peperiksaan STAM pada 2015 menunjukkan peningkatan berbanding 2014. Gred Purata Negeri (GPN) tahun lalu adalah 2.33 mata manakala 2.44 pada 2014," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2016 @ 3:30 PM