Tujuh pelajar yang mendapat keputusan cemerlang ketika peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah, Kampung Gajah. - Foto MOHD NAZRULASWAD
Balqis Jazimah Zahari


Pasir Salak: Seramai 17 daripada 477 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2015 di Perak memperoleh sijil pangkat Mumtaz (cemerlang) yang diumumkan hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria, berkata peratusan lulus STAM di Perak tahun ini meningkat kepada 63.3 peratus berbanding 59 peratus tahun lalu.

Katanya, 96 calon memperoleh sijil Jayyid Jiddan (sangat baik) manakala 153 calon memperoleh Jiddan (baik).

"Lapan calon yang mendapat Mumtaz dari Sekolah Menengah (SM) Raja Dr Nazrin Shah dengan seorang memperolehi 10 A1 manakala tiga lagi pelajar dari Maahad Imtiyaz.

“Selain itu, masing-masing dua calon dari Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al-Falah dan SABK Maahad Al-Khair Lil Banat serta seorang SM Raja Perempuan Taayah dan seorang dari Madrasah Idrisiah memperoleh keputusan sama," katanya pada sidang media selepas menyerahkan sijil kepada pelajar di SM Raja Dr Nazrin Shah, di sini, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2016 @ 4:56 PM