ELFA belum pasti dikekalkan atau tidak dalam drama bersiri Tanglin berikutan dia ingin kekal bertudung.
Syanty Octavia Amry


Dia mengubah penampilan dengan mengenakan tudung bukan kerana terikut-ikut dengan cara orang lain, tetapi pelakon, Elfaeza Ul Haq, 30, memang sudah lama menginginkan penampilan begitu.

Namun, apabila dia tidak memakai tudung dalam salah satu drama lakonannya berjudul Tanglin yang ditayangkan di Singapura baru-baru ini, timbul pelbagai reaksi yang menuduh wanita berasal dari Kota Singa ini cuba mempermainkan imej berkenaan.

Mahu membetulkan keadaan sebenar, Elfaeza atau mesra disapa Elfa memberitahu semua yang berlaku ada sebabnya.

Mengakui dia bukanlah pelakon yang suka mencari publisiti murahan, pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Adam dan Hawa ini berkata, ketika menerima tawaran drama berjudul Tangling itu dia belum bertudung.

“Saya harap peminat tidak terus salah faham. Saya menerima tawaran berlakon Tanglin ketika belum bertudung.

“Drama itu pula panjang dan mengambil masa lama untuk penggambaran. Kebetulan ketika sudah bertudung, ia masih dalam penggambaran.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2016 @ 5:00 AM