Skip this ad x
Sebanyak 17 motosikal disita kerana pelbagai kesalahan dalam Ops Bersepadu polis Johor bersama JPJ dan SPAD di depan Istana Bukit Serene, Johor Bahru, awal pagi ini.- Foto MOHD AZREN JAMALUDIN
Anggota polis memeriksa kenderaan ketika Ops Bersepadu polis Johor bersama JPJ dan SPAD di depan Istana Bukit Serene, Johor Bahru, awal pagi ini.- Foto MOHD AZREN JAMALUDIN
Mohamad Fahd Rahmat


Johor Bahru: Sebanyak 61 saman dikeluarkan dan 21 kenderaan disita dalam Ops Bersepadu Polis Johor berhadapan Istana Bukit Serene di sini, awal pagi ini.

Ketua Turus Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Johor Superintendan Baharuddin Md Taib berkata, turut ditahan dua lelaki yang dikesan positif dadah jenis Amphetamine hasil ujian air kencing.

"Polis trafik menyita 17 motosikal dan empat kereta mengikut Seksyen 60(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masing masing mengeluarkan 40 dan 21 saman manakala Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengeluarkan empat notis," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, Ops Bersepadu membabitkan kerjasama JPJ, SPAD dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) itu bertujuan menangani kegiatan menyalahi undang undang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2016 @ 4:32 PM