Nazim dan Bella bertunang pada 14 November tahun lalu. FOTO ihsan Nazim
Nazim dan Bella bertunang pada 14 November tahun lalu. FOTO ihsan Nazim
Oleh Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Pelakon Nazim Othman, 32, belum bersedia berkongsi tarikh pernikahannya dengan pelakon Bella Dally, 25.

Pasangan yang bertunang pada 14 November tahun lalu itu memutuskan untuk mengumumkan tarikh pernikahan mereka apabila persiapan majlis siap sepenuhnya.

Nazim bagaimanapun memberikan gambaran bahawa hari bahagianya itu akan berlangsung tidak lama lagi.

Terdahulu Nazim mengumumkan pertunangannya di laman Instagram semalam.

Nazim berkata, dia melamar Bella pada 26 Oktober tahun lalu ketika mereka menjalani penggambaran drama Akulah Balqis di Langkawi.

Keluarganya meminang Bella ketika dia menjayakan penggambaran sebuah drama di Korea.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2016 @ 9:20 PM