IHSAN pembaca Harian Metro & Bomba dan Penyelamat
Muhamaad Razis Ismail

razis @hmetro.com.my

Gua Musang: Enam sekeluarga terbunuh selepas kereta dinaiki bertembung dengan lori dalam kejadian di Jalan Gua Musang-Kota Bharu di Gua Sejuk di sini, pagi ini.

Semua mangsa meninggal dunia, termasuk tiga kanak-kanak di lokasi kejadian manakala seorang parah, dalam kemalangan kira-kira 10 pagi.

Semua mayat dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Difahamkan, semua tujuh mangsa yang menaiki Proton Persona dari arah Gua Musang ke Kuala Krai dikatakan cuba memotong lori sebelum bertembung dengan lain dari arah bertentangan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Saharmi Harun, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 10 pagi.

Katanya, enam anggota bersama sebuah jentera dan pacuan empat roda dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian semua mangsa didapati tersepit di dalam kereta. Kita mengambil lebih 30 minit untuk mengeluarkan semua mangsa sebelum dibawa ke hospital," katanya.

Senarai nama mangsa

1 Muhd Hafiz Adzudin, 30, -parah

2 Nor Azila Yahya, 28, (isteri Muhd Hafiz)-maut

3 Nur Hadif Haykal Mohd Hafiz, setahun enam bulan (anak Muhd Hafiz)-maut

4 Madiah Drani, (ibu Muhd Hafiz)48-maut

5 Siti Nur Raudah Abdul Rahman, 4, (cucu Madiah)-maut

6 Siti Nur Batrisya Abdul Rahman,4 ( cucu Madiah)-maut

7 Noor Amira Adzudin, 23, (adik Muhd Hafiz) pemandu-maut

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2016 @ 1:19 PM