PORSCHE 911 Carrera GTS.
RUANG dalaman kemas dan teratur.
TAMPAK aerodinamik.

Oleh Erywan Norshal

[email protected]

 

Suku tahun ketiga 2015 pasti merancakkan lagi industri automotif tempatan apabila Porsche bakal melancarkan generasi kedua model 911 Carrera GTS di negara ini.

 

Bagaimanapun, generasi terbaru itu hadir dengan empat varian membabitkan kategori coupe dan cabriolet yang mana masing-masing ditawarkan dengan sistem pacuan semua roda atau roda belakang.

 

Teknikal asasnya, jentera itu mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 430 kuasa kuda yang memberi karakter terbaik dalam pengendalian dan prestasinya.

 

Ia digabungkan dengan pakej Sport Chrono dan sistem peredam aktif yang boleh mengurangkan ketinggian kereta sehingga 10 milimeter (mm).

 

Keistimewaan turut terserlah apabila model itu menggunakan transmisi Doppelkupplungsgetriebe Porsche (PDK) yang mana kenderaan itu boleh dipandu melebihi 300 kilometer sejam (km/j) dan hanya mengambil empat saat untuk memecut dari tahap pegun sehingga 100 km/j.

 

Biarpun ia jentera berprestasi tinggi, tahap penggunaan mi­nyaknya masih kekal seolah-olah seperti model Porsche 911 Carrera S sebelum ini.

 

Sebagai ciri standard, ia dipadankan perumah lampu depan bi-xenon dengan Sistem Lampu Dinamik Porsche (PDLS), selain menggunakan ekzos sporty untuk menghasilkan bunyi garang.

 

Bagi memberi impak penampilannya, jentera berkenaan dipadankan dengan rim 20 inci warna hitam untuk tampak lebih eksklusif.

 

Di ruang dalamannya pula, tempat duduk pemandu dan penumpang dibaluti material Alcantara dan ia menyamai model Por­sche GTS yang lain.

 

Namun, harga rasmi bagi Porsche 911 Carrera GTS dan Porsche 911 Carrera 4 GTS yang akan tiba suku ketiga tahun depan belum didedahkan lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 November 2014 @ 5:00 AM