Lelaki  yang ditemui dengan kesan terbakar pada badan, semalam. FOTO ihsan pembaca
Lelaki yang ditemui dengan kesan terbakar pada badan, semalam. FOTO ihsan pembaca
Oleh Amrullah Abdul Karim


Bukit Beruntung: Lelaki berusia 35 tahun ditemui terbaring dengan kesan terbakar pada badan di rumah sub stesen Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Bukit Beruntung 7A di sini, petang semalam.

Lelaki terbabit dipercayai menceroboh dan cuba mencuri kabel di situ sebelum terkena renjatan elektrik.

Kejadian disedari penduduk Pangsapuri Seri Seroja kira-kira6 petang semalam selepas terdengar bunyi letupan disusuli bekalan elektrik terputus.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam berkata, lelaki terbabit kini dirawat di Hospital Sungai Buloh dan dilaporkan stabil.

"Suspek dipercayai cuba mencuri kabel namun terkena renjatan elektrik.

"Siasatan masih diteruskan memandangkan suspek memiliki waran tangkap dan beberapa rekod jenayah lampau," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2016 @ 6:03 PM