SULTAN Nazrin berkenan bersalaman dengan peserta ketika hadir di Majlis Perasmian Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. FOTO Muhaizan Yahya
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan


Ipoh: Agama ibarat bom jangka yang boleh mencetuskan porak peranda jika disalah guna, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Sultan Nazrin bertitah, agama yang digunakan selain daripada tujuan untuk menyemaikan roh ketuhanan, boleh mencetuskan huru-hara dalam negara.

"Kesucian agama dinodai oleh orang-orang yang kurang memiliki hikmah, dan cuba menyelit nilai, prasangka dan agenda peribadi lalu menjuarai dan mensensasikan sesuatu atas nama agama," titahnya ketika merasmikan Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini, hari ini.

Sultan Nazrin juga bertitah, institusi Raja Melayu mempunyai tanggungjawab besar terhadap kesucian agama Islam dan bukan sekadar simbol hiasan pemerintahan di negara ini.

Baginda bertitah, agama Islam adalah identiti yang tidak dapat dipisahkan dengan raja Melayu dan menjunjung tanggungjawab besar sebagai penjaga terhadap agama berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2016 @ 2:44 PM