GAMBAR Caliph Buskers yang tersebar di Internet.
GAMBAR Caliph Buskers yang tersebar di Internet.
Michelle Gun


Shah Alam: Kumpulan Caliph Buskers menafikan terpaksa menaiki teksi dari Kuala Lumpur pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini, malam tadi.

Terdahulu, gambar memaparkan dua anggota Caliph Buskers, Fendy Alun dan Nor Nadira Rubiana yang mendakwa mencari kaunter teksi untuk ke Stadium Malawati tersebar di Internet.

Fendy, 24, berkata, gambar itu dipercayai diambil individu yang ternampak mereka berdua menunggu teksi di KL Sentral.

"Gambar itu mungkin diambil sewaktu saya dan Nadira mahu menjemput anak-anak dari sekolah di Bangsar dengan menaiki teksi.

"Kebetulan kami memakai baju kemeja yang memaparkan logo AJL30 dan individu itu mungkin ingat kami mahu ke Stadium Malawati," katanya.

Menurut Fendy, anggota kumpulan itu disediakan pengangkutan pengurusan KRU Records sepanjang berlatih untuk persembahan sehingga ke final AJL30.

"Individu itu berniat baik tetapi caranya sudah salah tanpa bertanyakan kami perkara sebenar.

"Saya dan anggota kumpulan lain tinggal di Brickfields dan kami setiap hari akan menaiki teksi di KL Sentral untuk urusan peribadi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2016 @ 5:07 PM