TERTUDUH (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
TERTUDUH (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
Salman Hamat


Melaka: Pembantu penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, mengaku tidak bersalah atas tuduhan rasuah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini.

Tertuduh, Asbudi Ali, 44, membuat pengakuan itu selepas faham dengan pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Amran Jantan.

Asbudi didakwa memperoleh untuk dirinya suapan wang tunai RM900 daripada orang tengah syarikat memandu Zapcity Sdb Bhd, Nur Farhana Abd Malek.

Perbuatan itu sebagai dorongan untuk memastikan kelulusan ujian memandu empat pelajar.

Kesalahan itu dilakukan di Maybank Cawangan Merlimau pada 12.35 tengah hari, 4 Mac tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 January 2016 @ 1:50 PM