BINTANG muda Tottenham terus menyinar selepas tinggalkan MK Dons.
BINTANG muda Tottenham terus menyinar selepas tinggalkan MK Dons.

Tidak cukup dengan liputan diterima selama ini, bintang remaja Tottenham Dele Alli terus mencipta kejutan hujung minggu lalu.

Jaringan solo menakjubkan daripada pemain berusia 19 tahun yang menimbang bola melepasi kapten Crystal Palace Mile Jedinak sebelum meledak voli kencang sejauh 25 ela ke sudut bawah gawang, menerusi gerakan pantas jelas sekali menimbulkan kegemparan.

Hampir setahun selepas menyertai Tottenham daripada pasukan League One, MK Dons pada harga £5 juta (RM30.3 juta), Alli dianggap antara bakat muda Britain terbaik ketika ini dan hampir pasti disenaraikan dalam skuad England untuk Euro 2016.

Satu pening­katan luar biasa buat pemain yang beberapa bulan sebelum itu ha­nya beraksi dalam skuad

divisyen ketiga bola sepak Inggeris.

Selepas membuat penampilan sulung sebagai skuad senior MK Dons ketika berusia 16 tahun pada 2012, Alli meletakkan dirinya sebagai kesebelasan utama pada musim berikutnya dan segera mencuri perhatian peninjau kelab Liga Perdana Inggeris seluruh negara itu.

Liverpool pernah menunjukkan minat. Pasukan Reds menjadi yang pertama bersetuju dengan MK Dons untuk bayaran pemain itu tetapi gagal memuktamadkan kontrak pemain remaja berbakat itu pada hari terakhir perpindahan.

“Saya bercakap de­ngan Karl Robinson (pengurus MK Dons) dan menghabiskan berjam lamanya di hotel dengan Dele,” kata bekas pengurus Liverpool Brendan Rodgers baru-baru ini.

“Perkara itu diketahui lembaga,begitu juga seluruh kelab. Kami sangka kontrak itu berjaya diperolehi namun malangnya dia berpindah ke Tottenham.”

Robinson kemudian­nya mendedahkan sebabnya apabila memberitahu Standard Sport pada No­vember bahawa Tottenham sudah memantau pemain itu sejak lebih tiga tahun sebelum meyakinkannya bahawa mereka adalah kelab terbaik untuk membawanya ke peringkat seterusnya.

“Sewaktu dia berusia 17 tahun, saya katakan dia akan bermain untuk England,” kata Robinson.

“Dia langsung tidak gentar . Ya, dia memang berbakat dan tidak mempunyai rasa gementar namun juga seorang yang merendah diri dan sederhana.

“Sewaktu memilih untuk menyertai Spurs, dia benar-benar komited dengan keputusannya. Spurs membuatnya percaya bahawa mereka kelab terbaik untuknya.

“Mereka me­ngikuti perkembangannya selama tiga setengah tahun. Saya bercakap dengan David Pleat (bekas pengurus Spurs yang masih meninjau pemain secara tidak rasmi dengan kelab itu) beberapa kali mengenai pemain itu.

“Saya berbual beberapa kali de­ngan Dele sejak perpindahan itu namun dia bukan pemain saya lagi.”

Menurut pengurus Spurs Mauricio Pochettino, perpindahan itu adalah detik yang me­ngubah nasibnya sepanjang karier malah meletakkan situasi itu seperti Lionel Messi yang memilih Barcelona dan bukannya Espanyol.

“Memang benar dan bagaimana ia mengubah kehidupan Messi untuk berada di Barcelona, kerana ia hampir berlaku, satu sentimeter (daripada menjadi kenyataan) ia sesuatu yang luar biasa,” kata beliau.

“Mungkin perpindahan Dele Alli ke Liverpool tidak menjadi kenyataan tetapi ini adalah benar. Messi berusia 17 tahun bermain untuk skuad bawah-18 Barcelona dan hampir menyertai Espanyol.

“Ini adalah bola sepak, apa saja boleh berlaku, ia sentiasa membabitkan kalau, kalau, kalau tetapi bola sepak adalah mengenai realiti, apa yang mungkin

berlaku.

“Adalah mustahil untuk berjaya apabila anda mempunyai kualiti mencukupi tetapi tidak mempu­nyai mentaliti yang bagus, itu adalah kominasi yang menjadikan seorang pemain itu hebat, seperti Dele Alli.”

Perpindahan itu mungkin yang terbaik sepanjang karier pemain itu, segera menyertai skuad senior Spurs dan menguasai posisi tengah untuk kelab

berkenaan.

Alli sudah pun tampil dalam 21 perlawanan bersama Tottenham dalam Liga Perdana Inggeris musim ini, beraksi dalam 18 perlawanan sebagai kesebelasan utama.

Dia menjaringkan enam gol dan membantu empat jaringan.

Namun, tiada yang sebaik jaringannya di Selhurst Park hujung minggu lalu.

Namun menurut rakan sepasukannya Nacer Chadli, jaringan itu bukan satu kebetulan namun refleksi bakat yang dimiliki Alli.

“Jaringan Dele memang menakjubkan, satu voli yang hebat. Sesuatu yang luar biasa untuk disaksikan. Saya tidak pernah menyaksikan jaringan seperti itu daripada rakan sepasukan, saya tidak pernah melihatnya,” kata Chadli selepas perlawanan itu.

“Dele melakukan voli seperti itu ketika latihan. Dia sentiasa menjaringkan gol cantik. Dia sentiasa berada dalam posisi baik dalam latihan dan anda boleh melihatnya dalam perlawanan. Dia bukannya bertuah.

“Saya amat kagum kerana ia kelihatan seperti dia mempu­nyai banyak pengalaman. Dia pemain muda dengan begitu banyak potensi. Dia bekerja keras dan akan menjadi pemain hebat satu hari nanti.

“Dia seorang yang baik, sentiasa tersenyum. Saya mempunyai hubungan baik dengannya dan dia seorang yang baik.”

Alli kini berjuang untuk menempatkan dirinya dalam skuad England untuk Kejuaraaan Eeropah.

Pemain berpengalaman seperti Fabian Delph, Michael Carrick, James Milner, Jack Wilshere, Jordan Henderson dan Adam Lallana juga turut merebut posisi berkenaan di dalam pasukan kebangsaan.

Begitu juga dengan pemain muda lain seperti Eric Dier, Ross Barkley, Jonjo Shelvey dan Ryan Mason.

Namun tidak syak lagi Alli berjaya menenggelamkan kebanyakan mereka sepanjang musim ini. Dia juga menjaringkan gol menakjubkan pada penampilan pertama dan satu-satunya aksi antarabangsa disertainya.

Ternyata ia bukan yang terakhir buat negaranya, apabila anda boleh membayangkannya mewakili England pada tahun mendatang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 January 2016 @ 1:16 PM
Digital NSTP Subscribe