X
CUBA tukar cecair transmisi automatik.
CUBA tukar cecair transmisi automatik.

Proton Perdana V6 keluaran 2007 saya sebelum ini tidak mempunyai masalah. Tetapi sejak kebelakangan ini, seakan-akan ada rasa sentapan atau ‘jerk’ ketika memandu.

Kadankala berlaku sentapan yang lembut seperti gear rendah dan ada juga sedikit kasar dengan bunyi ‘dup’.

Untuk makluman, pertukaran gear automatik saya tiada mempunyai masalah.

SHAMSUL

Kuala Lumpur

Kotak penghantaran Proton Perdana V6 keluaran 2007 sememangnya kurang mendatangkan masalah berbanding model terdahulu kerana sudah dilakukan penambahbaikan dan juga mempunyai tangki penyejuk cecair transmisi automatik ATF.

Ini meletakkannya setanding dengan kotak penghantaran lain yang kurang bermasalah dengan kepanasan.

Oleh itu, sebarang masalah lain yang dihadapi kotak penghantaran automatik sangat sukar dikenal daripada pandangan luaran.

Apabila masalah mula dihadapi, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah menukar cecair transmisi automatik dan perhatikan keputusannya.

Periksa juga cecair lama sama ada ia mengandungi serbuk logam yang berlebihan.

Lakukan juga ujian pegun iaitu memasukkan gear dengan brek ditekan dan brek tangan dinaikkan untuk memerhatikan sama ada masalah itu berpunca daripada pendakap kotak penghantaran anda.

Jika penukaran cecair ATF tidak mendatangkan sebarang perubahan dan ujian pegun tidak menunjukan masalah pendakap, ia mungkin bermasalah pada dalaman kotak penghantaran anda.

Namun, jika penukaran gear tidak bermasalah, anda boleh terus menggunakannya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 January 2016 @ 5:00 AM