DWEN menunjukkan gaya dandanan rambut untuk kanak-kanak.

Memiliki anak perempuan serba-serbinya sangat mengujakan. Bermula memilih padanan daripada hujung rambut hingga kaki sehingga kepada gaya rambut sama ada membiarkan rambut si comel itu kekal panjang atau dipotong pendek juga membuatkan ibu perlu membuat pilihan.

Percayalah memilih untuk si kecil berambut panjang bukan saja membuatkan dia tampil lebih comel tetapi menjadikan ibu boleh membuat pelbagai gaya dandanan rambut ketika keluar rumah.

Namun ada pula kesannya. Rambut panjang ini harus dijaga sebaik-baiknya dan tidak boleh dipandang ringan. Sama saja seperti orang dewasa mencuci terlalu kerap atau salah menggunakan syampu boleh menyebabkan rambut dan kulit kepala rosak.

Sebaik-baiknya, lakukan hanya tiga kali seminggu atau sekiranya kanak-kanak ini terlalu aktif ibu boleh membuat pertimbangan untuk mencuci dengan lebih kerap. Bagi memberikan tip dan informasi mengenai rambut, Carrie Junior mengadakan bengkel penjagaan rambut kanak-kanak yang disampaikan pendandan rambut Dwen Soteto di Sunway Pyramid, baru-baru ini.

Tetamu dan media bukan sekadar diajar cara menyikat dengan betul tetapi diberikan pengetahuan asas penjagaan kulit kepala dan rambut kanak-kanak.

Menurut Dwen, rambut kanak-kanak sangat lembut justeru selepas mandi elakkan menggosok rambut terlalu kuat. Gunakan tuala lembut dan lap perlahan-lahan. Menggosok dengan kuat menyebabkan rambut kusut dan mudah rosak.

Kanak-kanak juga seharusnya menggunakan sikat khas yang kelebaran gigi agak luas terutama pada rambut basah. Elakkan daripada menggunakan berus halus pada rambut basah. Ini kerana rambut yang basah lebih terdedah kepada kerosakan dan juga boleh membawa kepada kekusutan rambut.

“Pastikan anda menyikat rambut perlahan-lahan kerana kulit kepala kanak-kanak sangat lembut. Sebab itu pentingnya mencari sikat yang giginya sedikit lebar supaya rambut senang diurai.

“Jangan sikat pada bahagian bawah kerana ia akan membuat rambut anak anda kusut teruk. Sebaliknya, mulakan dari hujung dan secara perlahan-lahan dari atas ke bawah,” katanya yang menasihati ibu bapa mempunyai anak berambut keriting agar tidak kerap membasuh rambut kerana rambut mudah rapuh.

Ketika bersyampu, ibu digalakkan melakukan urutan lembut di kepala bagi membantu merangsang pengaliran darah seterusnya aliran nutrien dan oksigen ke batang, akar dan mentol rambut menjadi lebih mudah. Ia juga membantu dalam merangsang pelbagai kelenjar minyak dan hormon yang mengeluarkan untuk membantu rambut mengekalkan minyak semula jadi.

Menurut Pengurus Pemasaran Wipro Unza (Malaysia) Sdn Bhd Edward Chen, penting untuk mengetahui apa yang terbaik untuk penjagaan rambut anak anda.

“Sebagai bapa saya juga membantu anak menyikat dan mendandan rambut. Aktiviti ini menjadikan hubungan kami sangat rapat,” katanya yang turut

memperkenalkan syampu Carrie Junior Kids terbaru yang didatangkan dalam dua aroma iaitu kranberi dan raspberi.

Syampu Carrie Junior Kids ialah syampu dua dalam satu yang diperkaya nutrien buah zaitun dan mampu meluruskan rambut seterusnya menjadikan rambut lebih lembut dan terurus.

Kedua-duanya dipertingkatkan dengan Fruito-E kaya vitamin dan nutrien. Ia juga mampu menyuburkan sambil melindungi rambut gadis kecil dan kulit kepalanya. Satu kenikmatan apabila ketika menyikat rambut hidung menghidu aroma manis kranberi dan raspberi yang membantu memberi ketenangan.

Ia juga memudahkan ibu menyikat rambut kerana lebih licin, lembut dan mudah diurus. Paling penting syampu Carrie Junior Kids mempunyai pH seimbang dengan rumusan sederhana dan sememangnya selamat untuk kanak-kanak.

Syampu Carrie Junior Kids - Meluruskan Rambut & Kawalan Frizz boleh didapati dalam tiga saiz - 90 ml (RM4.45), 280ml (RM10.20) dan 700 ml (RM22.60). Produk ini boleh didapati di kedai runcit, pasar raya besar, pasar raya dan farmasi utama di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Februari 2016 @ 4:48 AM