FREDERICK (dua dari kanan) menyerahkan tajaan Le Tour de Langkawi 2016 serta jersi pasukan NSC-Mycron kepada Emir (dua kiri).
Oleh Aida Adilah Mat

Kuala Lumpur: Bank Simpanan Nasional (BSN) tampil penaja utama siri perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) dengan nilai tajaan berjumlah RM1.3 juta bagi memastikan perlumbaan berstatus Hors itu kembali menggegarkan pentas antarabangsa.

Selain penajaan utama, barisan pelumba akan turut memburu jersi ‘teal’ bagi pakar pecut yang turut ditaja BSN dengan tumpuan bakal menjurus kepada juara 2011 dan 2012 Andrea Guardini.

Guardini dijangka dicabar pelumba One Pro Matthew Goss yang pernah muncul juara Grand Tour selain beraksi di Tour de France dan Tour de Under.

Ketua Pegawai Eksekutif LTdL Emir Abdul Jalal berkata, kehadiran BSN cukup dialu-alukan.

“Sokongan BSN sebagai penaja utama membantu kelancaran LTdL dan kini hanya lebih kurang lima peratus iaitu RM500,000 diperlukan dari segi tajaan wang ringgit. Saya harap ada lagi syarikat yang sudi tampil sebagai penajaan,” katanya.

Bajet keseluruhan untuk edisi ke-21 LTdL adalah RM15.5 juta, dengan Kementerian Belia dan Sukan memberikan geran RM11 juta.

Tajaan julung kali itu turut menyaksikan Timbalan Ketua Eksekutif BSN Frederick Siew menawarkan ganjaran istimewa kepada pelumba tempatan yang muncul juara mana-mana mana-mana lapan peringkat perlumbaan.

Emir berkata, edisi perlumbaan kali ini menyaksikan hanya tiga pasukan berstatus World Tour akan mengambil bahagian iaitu Astana, Tinkoff dan Dimension Data.

Namun begitu ia dilihat memberi kelebihan kepada pelumba tempatan bergelar juara pecut dalam saingan yang membabitkan 90 peratus laluan landai.

Selain tiga pasukan World Tour saingan akan turut disertai pasukan pro benua antaranya One Pro Cycling, Roth dan Funvic-Soul-Carrefour mewakili Amerika Sel
atan; Unitedhealthcare (Ame
rika Utara); Drapac (Oceania); Skydive Dubai (Timur tengah); Androni, Southeast dan Bardiani (Itali); Astana dan Tinkoff (Rusia) serta Asia yang diwakili 11 pasukan.

Saingan sejauh 1,100 kilometer itu akan melalui beberapa kawasan menarik seperti Pulau Pinang, Cameron Highlands, Kuala Lumpur sebelum berakhir di Melaka.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2016 @ 5:44 AM