TANGAN lelaki Nepal tersepit dalam mesin percetakan dan anggota bomba menggunakan peralatan hidrolik untuk mengeluarkannya. FOTO ihsan Bomba
Kalidevi Mogan Kumarappa


Kajang : Lelaki warga Nepal parah pada pergelangan tangan kanannya selepas tersepit dalam mesin percetakan di kilang di Batu 2, Semenyih, pagi tadi.

Dalam kejadian 9.34 pagi itu, mangsa, Sanjep, 23, sedang bekerja mengendalikan mesin percetakan berkenaan sebelum tangannya tersepit di dalam mesin.

Timbalan Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, sebaik menerima panggilan mengenai kejadian itu, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati tangan kanan mangsa dari tapak tangan hingga ke pergelangan tersepit di dalam mesin.

"Kami menggunakan peralatan hidrolik (rescue cutter) dan spanar untuk membuka mesin sebelum mengeluarkan tangan mangsa. Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan kecemasan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2016 @ 2:08 PM