Mohamad Fahd Rahmat

Johor Bahru: Pokok berketinggian kira-kira sembilan meter tumbang dan menghempap dua kenderaan dalam kejadian ribut Taman Tampoi Indah, di sini, kira-kira 10 malam tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihaknya mengambil kira kira sejam untuk mengalihkan pokok itu.

“Kami menerima panggilan awam pada 2.11 pagi. Satu jentera bersama enam anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Mansor Mohammad dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru ke tempat kejadian.

"Kami sampai ke lokasi pada 2.26 pagi. Kami mendapati dua kenderaan dihempap pokok namun tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu," katanya.

Beliau berkata, operasi ditamatkan pada 3.15 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Februari 2016 @ 11:14 AM
Digital NSTP Subscribe