Alex (tiga dari kiri) bersama tiga pemenang peraduan Shell Advance menerima replika motosikal SAATC.

Kuala Lumpur: Tiga pelanggan Shell Advance memenangi replika eksklusif motosikal perlumbaan Piala Bakat Asia Shell Advance (SAATC) sebagai pemenang Hadiah Utama dalam edisi 2014 peraduan promosi global Shell Advance.

Tiga pemenang bertuah itu ialah Ong Sen Tong, (43) dari Kuala Lumpur, Tan Sook Ting, 29 dari Kuala Lumpur dan Tan Kwan, 44 , dari Kluang, Johor, dipilih daripada lebih 20,000 penyertaan yang diterima dalam peraduan tahun ini.

Sebagai pemenang hadiah utama, ketiga-tiganya diberi layanan VIP di acara Grand Prix Motosikal Malaysia Shell Advance 2014 dan menyaksikan perlumbaan dengan bergaya dalam keselesaan di Suite Layanan VIP Shell.

Pengurus Pemasaran Shell Lubricants, Alex Lim berkata, promosi global membolehkan Shell Advance memberi ganjaran kepada pelanggan setia, sekali gus menjadikannya jenama minyak enjin motosikal paling digemari di Malaysia.

Beliau berkata, Grand Prix Motosikal Malaysia Shell Advance 2014 yang berlangsung baru-baru ini menyediakan pentas yang sesuai untuk menyerahkan hadiah kepada pemenang Hadiah Utama.

“Peraduan berasaskan SMS ini diadakan dari 1 Mei hingga 1 Ogos 2014 di Semenanjung Malaysia dan dari 1 Jun hingga 1 Ogos 2014 di Sabah dan Sarawak.

“Ia dibuka kepada pelanggan yang membeli mana-mana minyak enjin motosikal Shell Advance 4T termasuk Minyak Skuter baru Shell Advance AX 5 4T 15W40,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 November 2014 @ 5:15 AM