FITBIT Alta.
FITBIT Alta.
FITBIT Alta.
FITBIT Alta.
Oleh Afiq Hanif


Pengeluar peranti kecergasan, Fitbit memperkenalkan gelang pintar baru, Alta yang menampilkan reka bentuk menawan bergaya sesuai untuk dipadankan bersama fesyen pakaian terkini.

Sudah pasti ia memberikan kemudahan untuk membawa Fitbit ke majlis rasmi atau keramaian tanpa risau dengan padanan fesyen.

Fitbit Alta dilengkapi notifikasi baru dinamakan ‘peringatan untuk bergerak’ yang memastikan pengguna tidak duduk diam terlalu lama manakala dengan SmartTrack, ia boleh mengesan aktiviti kecergasan pengguna secara automatik kemudian menyimpan data mengikut kategori seperti berlari, berjalan, mendaki dan sebagainya.

INFO

FITBIT ALTA

- Harga: RM600

- Kesediaan: Mac 2016

- Pengedar rasmi: Courts Malaysia, Harvey Norman, RadioShack, Senheng

- Keserasian OS: Android, iOS, Windows Phone

- Sambungan: Bluetooth

- Ketahanan bateri: 5 hari

- Ciri: Pengesan aktiviti, pengesan tidur, SmartTrack

- Notifikasi: panggilan, teks, kalendar

- Kemudahan: Jam

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2016 @ 5:01 AM