Shamsul Munir Safini

 

Nibong Tebal: Tiga lelaki dan seorang perempuan cedera dalam kejadian letupan mercun di dalam rumah di Flat Taman Terkukur Indah, 3.30 pagi ini.

Dalam kejadian itu, mercun berkenaan dikatakan meletup di dalam rumah menyebabkan empat mangsa yang berada di situ ketika itu cedera.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya yang mendapat panggilan kecemasan mengenai kejadian tiba di lokasi kejadian pada 3.58 pagi.

Katanya, pihaknya mendapati empat mangsa cedera ekoran kejadian, dua daripada mereka dirawat di rumah manakala dua lagi dihantar ke Hospital Sungai Bakap.

Menurutnya, pihaknya yang membuat pemeriksaan mendapati dinding tempat lokasi kejadian letupan juga retak dan tiada unsur bahaya lain.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2016 @ 9:31 AM