Sempena ulang tahun akademinya yang kedua, Allianz Malaysia memutuskan untuk menyampaikan mesej perkhidmatan kepada semua kakitangan dengan cara berbeza.

Sambutannya sungguh unik kerana kakitangan dijemput untuk memahami pelanggan melalui permainan menarik yang terdapat di KidZania Kuala Lumpur.

Di KidZania, kanak-kanak boleh mengambil sehingga 100 peranan profesion seperti ahli bomba, juruterbang, wartawan dan model fesyen.

Aktiviti itu mewujudkan platform untuk mempelajari nilai kerja berpasukan, kerjasama dan dedikasi dalam persekitaran yang kondusif dan menyeronokkan.

Sambutan yang diilhamkan Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Zakri Khir, itu bermula pada 29 September hingga 14 Oktober lalu.

Seramai 1,750 kakitangan di seluruh negara dibahagikan kepada empat pasukan iaitu merah, biru, kuning dan hijau yang bersaing antara satu sama lain setiap hari untuk memberikan perkhidmatan pantas, mudah serta boleh dipercayai.

Sepanjang 11 hari, persaingan sa-ngat sengit dalam kalangan empat pasukan kerana setiap warna cuba untuk mengalahkan yang lain dalam penyampaian perkhidmatan mereka.

Ketua Bahagian Sumber Manusia Allianz Malaysia Berhad Wong Woon Man berkata, pihaknya gembira de-ngan hasil acara itu kerana terbukti kakitangannya lebih bertenaga dan bersemangat serta meningkatnya kerja berpasukan.

Katanya, penting untuk memastikan tenaga yang sama diterjemahkan ke tempat kerja sebenar dalam penyampaian perkhidmatan pihaknya kepada pelanggan.

"Apa yang diharapkan pengalaman di Kidzania akan membuatkan kakitangan menjadi lebih perihatin kepada pelanggan dan melayan mereka berbeza.

"Akademi Allianz Malaysia menjadi pendorong kepada pembelajaran dan pembangunan. Kami berharap acara seperti ini dapat diteruskan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 November 2014 @ 5:00 AM