KEADAAN lori yang terbalik. FOTO Kamal Majid


Jeli: Pemandu lori berusia 53 tahun yang membawa muatan susu getah maut dalam kemalangan di Kilometer 18.5, Lebuhraya Timur-Barat, dekat Batu Melintang Jeli, 9.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Mohd Yusoff Jaafar berkata, mangsa, Asrul Sani Md Noor memandu lori berkenaan dari arah Gerik, Perak menghala ke Jeli.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian lori yang dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas sebelum terbalik.

"Akibatnya mangsa maut di lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Jeli untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Februari 2016 @ 3:28 PM