DR Rohaidah melihat lebih dekat meriam yang dipercayai milik Kesultanan Melayu Melaka.
Oleh Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my


Goa (India): Meriam, rangka besi dan beberapa barangan yang mempunyai simbol Kesultanan Melayu Melaka ditemui di bandar ini sekali gus membuktikan Portugis membawa keluar pelbagai artifak sejarah Melaka ke sini selepas menawan empayar kesultanan itu.

Mengikut catatan sejarah, pihak Portugis yang diketuai Afonso de Albuquerque membawa segala harta rampasan termasuk meriam, emas, perak dan manuskrip untuk dibawa ke Goa sebelum menyerahkannya kepada kerajaan Portugis.

Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (Universiti Putra Malaysia) UPM Dr Rohaidah Kamaruddin yang menjalankan ekspedisi menjejaki Hang Tuah di Goa, berkata, meriam yang ditemui di Kota Cabo da Rama iaitu kota pertahanan tentera Portugis di pantai Goa itu adalah sama seperti yang pernah digunakan Hang Tuah.

“Sekurang-kurangnya 10 meriam dipercayai milik Kesultanan Melayu Melaka dan pernah digunakan oleh Laksamana Hang Tuah ditemui di Kota Cabo da Rama iaitu kira-kira sejam perjalanan dari Goa.

“Kota berkenaan dibina bagi memantau perairan Goa daripada ancaman musuh dan Afonso de Albuquerque menghadiahkan senjata itu kepada Vasco Da Gamma atas pertolongan yang diberikan atas usaha menakluk Melaka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Februari 2016 @ 6:59 AM