FOTO Rosli Ilham
FOTO Rosli Ilham

Dungun: Lelaki parah apabila keretanya terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 349.2 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), dekat susur keluar Kuala Dungun, 10 pagi ini.

Wee Cheong Fatt, 27, yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, parah di kepala dan muka apabila keretanya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Amri Mohamad, berkata ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Kota Bharu untuk bertemu rakannya di Kuala Dungun.

Menurutnya, rempuhan kuat terbabit turut menyebabkan mangsa tercampak keluar dari kenderaannya.

"Sepasukan lapan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian dan mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Februari 2016 @ 2:44 PM